beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Satu Nama Yang Menjadi Cacian

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera buat semua.

Fallen Eagle

Pedih hatiku. Sakit hatiku. Kadang-kadang aku terasa marah. Bukan mudah aku terasa begini. Walaupun hampir menitis air mata, aku tetap tahan. Aku perlu tabah, walaupun ada satu lagi nama yang aku kenal turut dicaci, nama yang itu memang aku akan menitiskan air mata.

Kau apa tahu? Kau tak tahu kan? Baik kau diam sahaja!

Saban masa, namamu menjadi cacian. Orang pandang perbuatanmu semuanya salah. Tapi kau tahu kan. Masih ramai ada di sisi walaupun ramai juga yang mahu lari daripadamu.

Aku tidak dekat denganmu. Tapi aku juga tidak jauh denganmu. Namun, aku lebih tahu tentangmu daripada manusia sampah yang mencaci dirimu. Walaupun ada juga yang tahu tentang kamu, tapi mereka tetap mencaci. Aku fikir, mereka itu sudah menjadi najis.

Semakin dalam aku fikir, dada semakin sesak. Kau tahu kenapa?

Aku sebenarnya hiba. Entah masih adakah insan yang merasa hiba seperti ini. Kau beruntung. Ada insan yang betul kenal akan dirimu, masih setia di sisi.

Aku kira, aku juga mahu persetankan mereka-mereka itu. Tapi, aku tahu salahnya ada di pihak aku juga. Aku telah menjadi reaktif. Bukannya proaktif.

Selalu juga manusia ini bertopeng. Baru aku tahu makna peringatan sahabatku. Mereka yang tidak mengenal mudah sahaja mencaci dirimu. Sekali lagi aku kira, keputihan sebenar sahaja yang mampu menilai. Ilmu itu boleh dicari, tapi yang satu itu, ianya diberi. Kamu beruntung.

Inilah kali kedua aku menulis tentang kamu. Walaupun yang pertama itu aku tinggalkan sebagai nukilan peribadi, aku kira yang ini boleh jadi alat untuk memperingati kau semua.

beliamuda: Maaf, aku juga tahu beremosi. Kau yang tidak tahu sepatutnya diam!

30

December
2009
Masa: 19:50

9 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. wao i like the drawingz~

    [Reply]

  2. setiap manusai punya hati dan perasaan..
    azizan4444´s last blog ..Aku, Dia Dan Kamera My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. princess
  4. rilek bro…mcm2 org kat dunia ni…
    semua org x mesti suka dgn orang yang kita suka…
    syin´s last blog ..2009 kian berlabuh My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. tu lah nak kenal manusia(aq pun manusia gak),lain kulit lain percakapan…
    cyberboy´s last blog ..4 Sumber Kuasa Idea My ComLuv Profile

    [Reply]

  6. ikin

    encik belia..sabar yea! :)

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, tarik nafas, hembus balik.. sabar..

    [Reply]

  7. encik belia, kadang2 org menilai kita tanpa menggunakan hati, akal dan minda

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan