Marah dan Tidur

Salam sejahtera buat semua.

Apa kaitan la pulak marah dengan tidur kan? Adakah bila marah je tidur? Atau, bila tidur je marah? Eh, pelik pulak bunyinya kan…

Marah dan tidur tidak akan dapat hadir bersama. Dua-duanya saling berlawanan. Tidur adalah ketenangan, marah adalah keserabutan.

Dr Fadhilah Kamsas selalu berpesan dalam ceramah motivasinya agar kita selalu mememaafkan sebelum tidur. Memaafkan orang yang buat kesalahan dengan kita dan memaafkan diri sendiri. Kan senang sikit nak tidur. Tak payah nak fikir sangat benda yang menyerabutkan kepala.

Aku sendiri pernah mengalami perasaan amat marah terhadap seseorang. Masa tu, memang dah larut malam. Entah macam mana boleh terasa sangat dengan ayat dia. Perasaan marah pada masa tu terus membuak-buak. Terus takde mood.

Masa tu terus je baring atas katil. Dalam kepala terngiang-ngiang je ayat tu. Fikir je, terus rasa marah yang amat. Tak mampu nak memaafkan. Akhirnya, tidur dalam keadaan marah. Esoknya, bangun dengan sakit kepala dan demam. Seminggu gak berlarutan. Kisah sebenar ni boleh baca dalam entri ni; Merasai kembali nikmat sihat, ceria seperti dulu.

Sejak kembali daripada cuti raya baru-baru ni, aku telah melalui masa-masa yang sibuk. Sampaikan nak tulis entri untuk blog pun kena curi-curi masa. Kebetulan pula dalam tempoh sebulan sebelum final exam, gelombang test 2 datang membadai. Esok ada satu paper dan minggu depan ada satu lagi.

Dalam keadaan sibuk ni, mudah sangat terasa letih dan stres. Aku bersyukur kerana masih lagi mampu tersenyum dan gembira walaupun mental terdera dengan pelbagai dugaan.

Pengajaran daripada entri ni:

  1. Marah dan tidur ada kaitannya.
  2. Jangan tidur dalam keadaan marah. Kan tak pasal-pasal tak sihat keesokannya. 😛
  3. Tersenyumlah walaupun anda sedang stres…
  4. Belajar untuk memaafkan orang lain…

beliamuda: berkata-kata adalah mudah, bertanggungjawab di atas perkataan tersebut adalah sesuatu yang berat~

Comments

15 responses to “Marah dan Tidur”

  1. hazwan Avatar

    tidor la smbil trsenyum…
    🙂
    .-= hazwan´s last blog ..Sejadah Berdiri =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, macam orang giler.. ngeh2~..

      ~mung sorang je dak UTP yg selalu massuk blog aku.. LAN tak boleh masuk lak skg.. adeh~

  2. ikin Avatar

    hakikatnya marah dan tidur memang ada kaitan. Nabi pun pesan, kalau ketika marah kita berdiri, disuruh duduk. kalau sedang duduk, disuruh berbaring.

    marah tu normal kalau bertempat. nabi pernah bersabda,’berhati-hati dengan orang yang tak pernah marah’.

    ada kwawan saya memang seorang yang suka cakap lepas je kalau marah, dan kata-kata dia memang menyakitkan hati. tapi bila kita cuba memaafkan dia, rasa macam lega.

    hakikatnya melupakan lebih susah dari memaafkan. memaafkan memang senang, tapi kita tidak mudah melupakan kesalahan yang dibuatnya. saya sedang mengalaminya, dan saya harap masa membantu saya untuk itu.
    .-= ikin´s last blog ..hari ini 21 Oktober::ulangtahun dia =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, setuju dengan perenggan last ni..

      setahun yang telah berlalu diharapkan mampu memperbaiki semula suasana yang keruh..

      memaafkan kesalahan adalah mudah, melupakan adalah suatu yang sukar…

  3. ariey Avatar

    betul tu kalau nak lebih best lagi ambil wudhuk dulu baru tido syaitan pun x berani nak ganggu barula takde mimpi yg pelik2
    .-= ariey´s last blog ..Recent Post widget with thumbnail untuk blogspot =-.

  4. ani Avatar
    ani

    no comment..huhuhu

    1. beliamuda Avatar

      @ani, aish.. takde komen, tapi tulis jugok..

      habis perikso doh ko? hehe.. mari la baco sokmo blog abe nih.. (^_~)v

  5. x-po Avatar

    aku kalau marah2, memang xleh tdo..mmg ssh nk tdo..jwbnya, dgn rokok la dpt tenangkan sikit marah tu..huhuhu
    .-= x-po´s last blog ..KORANG JANGAN NAK JAGA TEPI KAIN AKU =-.

    1. beliamuda Avatar

      @x-po, tapi aku tak merokok la… 🙂

  6. luth textile Avatar

    wah.. tido dalam keadaan marah ada effek eh.. taktau plak.aku biasa tido dalam keadaan marah tak rasa plak kesannya.

    nice info dude!

    1. beliamuda Avatar

      @luth textile, haha.. efek kat aku je kot.. kesimpulan hasil pemerhatian ke atas diri sendiri~

  7. […] dalam entri sebelumnya, aku ada menceritakan sedikit sebanyak keadaan yang semakin genting dan sibuk sejak kembali […]

  8. teh Avatar

    kalau aku stress yang terlampau ye aku tido
    tp kalau marah takde la nak tdo kot
    tarik nafas dalam2
    hembus pelan2
    istighfar bnyk2

    tu je aku mampu wat
    .-= teh´s last blog ..Hadiah Birthday Daripada Exabytes =-.

    1. beliamuda Avatar

      @teh, time marah tu, payah sikit nak fikir rasional.. alhamdulillah, dah boleh kawal sikit kemarahan sekarang ni..

  9. nazra Avatar

    ~berkata-kata adalah mudah, bertanggungjawab di atas perkataan tersebut adalah sesuatu yang berat~

    ayat yg ini betul sangat. sbb bercakap tu lancar sgt keluar, nk mempraktikkan tu..Ya Allah..kena memotivasikan diri gila2..
    .-= nazra´s last blog ..Tak mandi lagi pandai? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge