Andai dapat ku undur masa

Salam sejahtera buat semua.

jam pelik

Sesekali duduk termenung, terdetik juga di hati untuk kembali masa lalu. Makin kuat kemahuan hati terutama apabila kita sedang dilanda masalah dan musibah pada masa tersebut. Kadang-kadang, kita mengharapkan agar kita dapat kembali semula ke masa lalu agar dapat membetulkan semula kesilapan yang telah kita lakukan.

Pernah juga dalam hidup aku, beberapa kali juga hati ini mahu kembali ke masa silam. Kembali untuk membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan. Setiap kali memikirkan salah yang pernah diperbuat, akibatnya yang dirasai sekarang, makin kuat perasaan mahu kembali ke masa lalu.

Kadang-kadang juga, duduk termenung teringat zaman sekolah yang penuh dengan kegembiraan dan kesenangan, tanpa perlu memikirkan banyak masalah, turut menghambat jiwa untuk merasai semula saat itu.

Tapi, jika kita betul-betul berpeluang melakukannya, adakah pasti kita akan mampu mengubah semula apa yan telah terjadi?

Setiap kali berfikiran begini, aku kerap juga mengingatkan diri agar sedar yang masa lalu takkan kembali. Hidup mesti diteruskan. Masa terus berjalan. Mereka yang lalai, hanyut di bawa arus. Rebah dalam langkah sendiri, jauh ketinggalan di belakang. Setiap kejadian yang telah berlaku, pasti ada hikmahya. Mungkin kita sedar atau tidak sedar akan adanya hikmah yang sangat bermakna buat diri kita.

***

iklan: jom bertukar pautan dengan beliamuda.

***

beliamuda: pernahkah anda berfikiran sedemikian?

Comments

19 responses to “Andai dapat ku undur masa”

  1. hazwan Avatar

    truskan hidup..lupakan ape yg tlh berlalu
    .-= hazwan´s last blog ..Tranung Negri Ku =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, hidup mesti diteruskan, nak lupakan tu macam susah sikit.. kadang2 kena pandang ke belakang juga.. mengenang sejarah dan asal-usul diri~

  2. tobi Avatar
    tobi

    ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

  3. e Avatar

    brg yg lepas jgn dikenang
    jika dikenang meranalah diri
    .-= e´s last blog ..go to your room =-.

  4. nazra Avatar

    yg dah berlaku ttp dah berlaku. samada kita yg salah buat pilihan atau tak, skarang kita hanya perlu perbetulkan diri. keadaan mgkin tak dpt diperbetulkan lg..
    .-= nazra´s last blog ..Seorang perempuan haruslah…. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, hmm.. betul tu..

  5. Kujie Avatar

    kak jie jarang fikir mcm tu..sbb kita tau kita silap sbb kita ada di masa skrg…
    .-= Kujie´s last blog ..Tersandung Bukannya Terjatuh =-.

  6. ikin Avatar

    lets keep going and never turn back!
    kalau kita sentiasa memandang ke belakang dan berharap dapat membetulkan kembali semua yang telah berlalu, maka tiadalah kesalahan yang dapat kita kesalkan dan perbetulkan. sebab itulah hari ini adalah anugerah, untuk esok yang merupakan masa depan 🙂

    semalam yang telah berlalu juga menjadikan kita mempunyai umur hari ini. tidakkah masa lalu itu mematangkan?

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, betul, tanpa masa lalu yang yang mengajar kita, kita kekal sahaja pada satu tahap… terima kasih~

  7. azizan4444 Avatar

    ngtkn lagu Axl’s td.hehew

    1. beliamuda Avatar

      @azizan4444, tajuk je sama.. hehe~

    1. beliamuda Avatar

      @rue, tq, banyak juga videonya..

  8. rue Avatar

    a motivation video..enjoy ^^

  9. Mantra Avatar

    Assalamualaikum,

    Apa yang berlaku itu namanya pengalaman. Penglaman ialah sesuatu yang mahal dalam diri kita. Malah ada orang nak terima kite kerja dan beri gaji tinggi pun atas dasar pengalman. hehehe…

    Bro keep move forward. Skang ni masa tak tunggu kita malah kita yang kena kejar masa…huish…
    .-= Mantra´s last blog ..One Drop Perfume, Jenamanya bukan asing lagi =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mantra, betul, tapi selalu je keletihan nak kejar masa.. kadang2 tu jalan je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge