Salam sejahtera buat semua.
Nampaknya sudah agak lama semenjak kali terakhir koleksi kata-kata hikmah disiarkan di blog ini. Banyak benda lain yang perlu ditulis. Walaupun begitu, kata-kata hikmah telah menjadi antara penyumbang utama trafik ke blog ini.
Rasanya sudah tiba masa untuk menyiarkan kata-kata hikmah yang setersunya. Kata-kata hikmah kali ini dipilih kali ini pendek sahaja, namun maksud dan huraiannya mungkin lebih panjang daripada entri ini.
Hayatilah kata-kata hikmah ini:
-
Kekitaan yang erat tiada yang berat.
Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan. Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi.
- Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Dalam setiap laku dan pekerjaan, perlunya ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.
- Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada suatu kesenangan atau kepayahan.
- Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
Ada ilmu, curah-curahkanla. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia.
-
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang telah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!
- Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
SATU hadir sebelum DUA dan TIGA hadir selepas itu…
- Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Hmm… tapi senangkah mencari yang sebutir itu? Atau menjadi yang sebutir itu?
- Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Ada sesiapa nak jelaskan?
- Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
Berani gagal! Tiada kehidupan tanpa risiko, kerana risiko adalah kehidupan kita.
beliamuda: huraian ringkas tersebut datang sepintas lalu dan spontan… kalau ada yang nak menambah, silakan…
style2..heheeh
sharing is caring..cayalah…
.-= PutraMalaya´s last blog ..Jom Layan Lagu Paling Jiwang Abad Ini =-.
@PutraMalaya, (^_^)v
paling suka yg ini “Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.”
sat rasa mcm paham, sat rasa mcm tak paham
T_T
.-= nazra´s last blog ..i want to quit ! =-.
@nazra, macam pelik lak bunyinya.. mungkinkah satu penyatuan? cerdik + pandai, dua menjadi satu.. hmm.. kurang paham la.. ngee~~
@beliamuda,
.. barangkali bermaksud: perbincangan orang2 yg berakal tulus (sicerdik dan sipandai..) akan cuba mencari titik pertemuan walaupun pd asasnya mrk berbeza pendapat.. cuba mencari
@hana,
Terlalu mendalam maksudnya tu saudara..maksudnya di c tu org2 yg cerdik pandai berkongsi pendapat dn sme2 myelesaikan sesuatu permasalahan hingga mndptkan sesuatu jwpan yg bnr2 jitu dn tepat…
kalo x silap, ad sarjana penah ckp kalo kamu xblh nk terangkn sesuatu dgn cara yg paling ringkas maknanya kamu belum faham ttg sesuatu perkara.
Betul dah tu.
@nazra,
boleh tau x maksudnye?
lm sdah tk lwat blog nie… mngkin sbb sbuk kot. huhuhu… nice post!!!
.-= nur akmal´s last blog ..Mengintai cinta khalifah… i got it at last!!! =-.
@nur akmal, biasalah tu.. banyak entri skang ni pun sebab masih belum sibuk + sekarang ni sedang habiskan cuti H1N1… esok dah nak pergi balik U…
Salam..
mmg best la kt sini…semoga Allah memberkati tuan
.-= Mat´s last blog ..Kuasa INTERNET sungguh hebat =-.
@Mat, wasalam, terima kasih…
stylo la bro..tulis la lg, sedap bila dibaca..menaikkan semangat!!
wahh…memang feel la time tulis semua nie…
teruskan menulis..
chaiyok!
salam….boleh saya singgah kejap tak..nak mintak pendapat and komen korang kat sini..apakah jenis ‘kata-kata hikmah’ yg sesuai aku tujukan kpd ‘hamba allah’ ni yg tak reti bahasa..yg tak tahu malu and setiap masa usaha nak aibkan org lain!
@Missez Hafirzan, senyap pun satu hikmah jugak. bukan mudah nak nasihati orang yang tak tahu malu ni.
belia dot com..nak tanya ape bezaye ENJOY..ngan enjoy
Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang telah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!
@sanremo, penekanan diberikan kepada yang berhuruf besar adalah menggambarkan keadaan yang perlu dilakukan mengikut cara, prinsip dan suruhan yang telah ditetapkan. itulah yang dimaksudkan.
thanks
hum apela owg skunk niekn…cm2 ad