Salam sejahtera buat semua.
Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian dibuka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Lapan pusat pengundian itu ialah:
- SJKC Lay Keow Permatang Pauh
- SMK Sama Gagah
- SK Permatang Pauh
- SK Permatang Pasir
- SK Bukit Indra Muda
- SJKC Kubang Semang
- SK Seri Penanti
- Sek Rendah Islam Al-Masriyah
Berikut adalah keputusan semasa pengiraan undi di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir N11. Keputusan adalah tidak rasmi dan akan di kemas kini daripada semasa ke semasa.
6:18 Petang: PAS – 5063 UMNO – 2009
6:23 Petang: PAS – 5341 UMNO – 2075
6:32 Petang: PAS – 7222 UMNO – 3201
6:45 Petang: PAS – 8524 UMNO – 4063
6:54 Petang: PAS – 9616 UMNO – 4914
7:10 Petang: PAS – 9618 UMNO – 5067 (tak berhenti nak bukak pose ke?)
7:25 Petang: takde kemas kini lak.. dah berhenti jap kot.. jom berbuka!
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Mohd Salleh Man | Parti Islam Semalaysia | 9618 |
| 2 | Rohaizat Othman | United Malay National Organisation | 5067 |
Sumber: Perisik Rakyat
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil DUN Permatan Pasir

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.
Majoriti yang diraih Salleh 4,551.
Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.
Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply