Salam sejahter buat semua.
Rajin pula ya aku nak buat entri followup untuk entri gambar Perodua ViVA ELITE yang baru dilancarkan semalam. Seperti diduga, entri tersebut tidak menghampakan aku apabila menerima trafik yang tinggi dalam jangka masa 24 jam. Agak tinggi la untuk blog tuan hamba yang hina dina ni…
Aku sebenarnya pun ada kisah tersendiri dengan ViVA ni. Izinkan aku bercerita perihal ini dahulu.
Di rumah aku, ada dua kereta yang selalu dipakai. Kereta Kancil dan kereta ViVA. Kancil tu Abah yang pakai. Sementara ViVA tu Mama punya. Masa awal-awal lepas aku dapat lesen, memang aku baham bawa Kancil je la. Mana taknya, kan Kancil tu kereta rasmi pusat latihan memandu.
Oleh kerana dah terlalu biasa dengan Kancil, memang itu je lah yang selalu aku pandu. Tak lama kemudian, mama mula jatuh hati dengan ViVA. Lepas tu, terus mama beli ViVA sebagai kenderaannya. Masa mula-mula aku bawa ViVA tu, rasa macam kekok sikit. Mungkin sebab dah lama sangat dengan Kancil kot.
Tapi, lama-kelamaan aku menjadi semakin serasi dengan ViVA. Pernah abah tanya, “Mana lebih best, Kancil ke ViVA?”. Sah-sah la aku jawab ViVA. Tapi, bukannya nak dapat kat aku pun ViVA tu.. haha..
Sekali abah pernah buka cerita. Katanya, aku ni tak cukup kriteria lagi nak dapat kereta sendiri. Memang banyak lagi la tak cukup. Kata abah lagi, kalau nak ada kereta sendiri, pandai-pandai la sediakan duit pendahuluan. Dengar je ayat tu, macam lambat lagi la gayanya. Mama pula takut aku pergi merata dengan kereta tu nanti…
Ok, cukup setakat itu. NOKTAH.
Rasanya, ramai lagi yang tak nampak sangat apa beza fizikal antara ViVA biasa dengan varian ELITE ni. Oleh itu, cuba tengok gambar di perbandingan di bawah.


Di bawah ni pula adalah screenshot yang aku buat untuk harga bagi ketiga-tiga jenis ViVA ELITE; MT, AT dan EZi.
beliamuda: sape la nak bagi kereta free kan?



Leave a Reply