beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Semakan Keputusan Permohonan ke Matrikulasi

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Di kala seluruh pelajar di Matrikulasi seluruh negara sibuk menghadapi peperiksaan akhir mereka dan tidak lama lagi akan bercuti lama sambil menuggu keputusan di rumah masing-masing, permohonan ke matrikulasi untuk sesi seterusnya telah pun lama dibuka. Keputusan permohonan juga bakal diumumkan tidak lama lagi.

Ikuti berita di bawah untuk lebih lanjut.

KUALA LUMPUR 13 April — Kementerian Pelajaran menetapkan 17 April ini sebagai tarikh semakan permohonan memasuki Program Matrikulasi oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, semakan boleh dibuat melalui laman web kementerian di http://www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan beserta angka giliran SPM.

Pemohon juga boleh menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MAT jarak nombor kad pengenalan pelajar ke talian 15888 atau menghubungi bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4100 pada hari bekerja (8.30 pagi hingga 4 petang) bagi mengetahui status permohonan. – Bernama

Secara ringkasnya, semakan permohonan akan diumumkan pada 17 April ini. Pemohon mempunyai pilihan untuk menyemak keputusan di laman web Kementerian Pelajaran ataupun melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

beliamuda: kepada dua orang adik perempuanku, Wani dan Wina di KMP, semoga dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik…

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

13

April
2009
Masa: 22:00

27 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. aaa

    salam….bile keputusan spm 2009 kluar…

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @aaa, mungkin dalam bulan 3.

    [Reply]

  2. alia

    saya nak tanya, bila boleh semak keputusan ke matrikulasi bagi sidang 2010/2011

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @alia, keputusan hanya akan keluar selepas result SPM diketahui. mungkin awal april.

    [Reply]

  3. athyqah

    bila keputusan spm nak kuar yea???

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @athyqah, entahla.

    [Reply]

  4. bilakah keputusan spm akan keluar tahun ini??????

    [Reply]

  5. mashi

    nak tanya…cane kalau saya x buat semakan permohonan ke matrikulasi…….adekah borang saye akn diproses….???

    [Reply]

  6. rsa2 nya,boleh tak klu cek kptusan spm guna sms…atau melyri internet….ja

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @areon ions, macam tak boleh je.

    [Reply]

  7. baba92

    terima kasih. blog ini banyak membantu =)

    [Reply]

  8. bile tarikh pengumunan spm 2009 ?

    [Reply]

  9. NurSyafikah

    Saya nak tanya, borang permohonan Matrikulasi secara online wajib kena print?
    Lagi satu waktu saya isi borang online tu saya lupa nak print sampai sekarang.
    macam mana la tu?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @NurSyafikah, takde masalah. print tu untuk rujukan je.

    [Reply]

  10. salam???kalu saye nk tuka kos sc to akaun ley x????

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @yati, untuk matrik, sudah tidak boleh.

    [Reply]

  11. ahmad sawal

    salam? kalau saya dah buat permohonan matrikulasi fasa1.tetapi fasa2 belum sedangkan dah terlewat,macam mane nak buat.saya memang berharap dapat matrikulasu

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ahmad sawal, fasa 2 tu harus je. tak wajib.

    [Reply]

  12. hawa

    salam..matrik start bulan bpe ek? coz saya skrang ambil kursus jngka pendek di sbuah institute.. kalau sya x hbiskan smpai bulan 6.saya xakan dpt sijil. boleh ke tngguh ke mtrik shingga selesai??

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hawa, matrik start bulan 5.

    [Reply]

  13. haizan

    salam,nak tanya,keputusan spm sy dapat english D,agaknya boleh matrik tak? sebab subjek sains tulen saya dapat ok juga macm biologi sy dapt B+,fizik B,admath C,dan kimia C..

    [Reply]

  14. meera

    aritu sy check kptsn mtrkulasi kuar 14/4 tp bile sy check 16/4 tp ni 17/4 lak..mne nk cye??

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @meera, 16 April dan apa yang ada rujuk ni adalah untuk tahun lalu. harap maklum.

    [Reply]

  15. mana yang betul? ada yang kata 16 april, ada yang kata 17 april…..
    Mana satu yang betul???
    Yang ibubapa yang menunggu ni,lagi cemass..
    berita pulak ada dua tarikh
    dua kali pening

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Ahmad Khushaini, cuba anda tengok balik ini untuk tahun bila. ini untuk tahun 2009. bukan sesi tahun ini.

    [Reply]

  16. arif

    nak check no matrix cmne????

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @arif, nanti sampai matrik kot?

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan