Kebodohan yang Membawa Padah

Bodo kepal!

Mungkin itulah yang paling tepat untuk dikatakan apabila sikap tidak bertepatan dengan tindakan yang dilakukan. Dah la merompak, lepas tu siap boleh terkantoi cara paling bodoh pulak tu!

Aku bukan marah, tapi lucu dengan kisah yang terjadi di Amerika. Seorang remaja telah mencuri iPhone yang dimiliki oleh Sayaka Fukuda, seorang pereka kasut telah tertangkap akibat daripada menggunakan iPhone yang sama. Macam mana dia boleh tertangkap? Remaja tersebut telah menghantar emel yang mengandungi sisipan gambar mukanya menggunakan iPhone tersebut (juga menggunakan akaun emel pemilik asal).

Fukuda yang menyedari terdapat emel yang dihantar menggunakan akaunnya melalui outbox emelnya (padahal dia takde hantar apa-apa emel pun), terkejut apabila mendapati emel tersebut mengandungi sisipan gambar remaja yang merompak iPhone miliknya. Dia kemudian menghubungi pihak polis dan remaja tersebut berjaya dikenal pasti. Setelah itu, dia menghubungi remaja tersebut supaya menyerah diri.

Namun, akibat terlalu bodoh dan berdarah panas, remaja tersebut mengugut untuk membunuh Fukuda. Malang sekali bagi remaja tersebut kerana polis terlebih dahulu berjaya menahannya dan didakwa atas tuduhan merompak.

Begitulah kisah tersebut. Memang patut remaja tersebut dipanggil bodoh. Bodoh kerana dua perkara. Pertama, menghantar emel gambar mukanya menggunakan akaun emel pemilik asal, dan kedua, kerana mengugut untuk membunuh Fukuda walhal dia akan tertangkap dan berkemungkinan dia akan didakwa di atas ugutan tersebut.

beliamuda: bodo kepal merupakan ayat yang dikeluarkan oleh sahabatku. Maksudnya? Bodoh yang amat!

Sumber – [gizmodo, New York Post, gothamist]

3 thoughts on “Kebodohan yang Membawa Padah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge