Kemaskini Peningkatan Sekuriti WordPress 3.1.4

Salam sejahtera buat semua.

WP 3.1.4

Versi terbaru WordPress (WP) yang telah ditingkatkan sekuriti iaitu WP 3.1.4 telah pun dikeluarkan oleh pembangunnya. Kemaskini terbaru ini membaik-pulih pepijat yang membolehkan pengguna tahap Editor mendapat akses lebih luas dalam laman WordPress.

Selain itu, kemaskini ini juga membaik pulih beberapa masalah sekuriti dan mengukuhkan lagi tahap sekuriti. Bagi laman berbilang penulis dan pengguna, kemaskini amat digalakkan. Versi terbaru ini adalah kemaskini untuk kesemua versi terdahulu WP.

Continue reading

Kemaskini Sekuriti Penting WordPress 3.0.4

Salam sejahtera buat semua.

WP 3.0 Thelonis

Kemaskini terbaru WordPress versi 3.0.4 telah dilepaskan sebagai kemaskini penting yang membaik pulih masalah sekuriti yang berada pada tahap kritikal.

Versi WP terbaru ini adalah kemaskini yang membabitkan pepijat sekuriti teras yang membolehkan ancaman jenis Cross-Site Scripting (XSS). Untuk lebih lanjut, boleh baca di WordPress News.