Tag: Universiti Teknologi Petronas

  • Mumble-less Monday #8: beliamuda di elearning UTP

    Salam sejahtera buat semua.

    beliamuda {dot} com di elearning UTP

    Awal pagi tadi dikejutkan dengan private message (PM) daripada seorang kawan yang suruh melihat sesuatu di elearning UTP dan dia kekaguman. Terpinga-pinga juga masa tu. Apabila dibuka, oh, terpapar sesuatu seperti di atas di halaman depan portal elearning iaitu enrti biasiswa JPA 2011 yang baru dilepaskan selepas bersahur pagi tadi.

    Maknanya, IT Admin memang sentiasa alert dengan keyword “Universiti Teknologi PETRONAS”. Jadi, rakan-rakan yang tulis sesuatu yang berkaitan tu, berhati-hatilah sikit. =)

    (more…)

  • Alkisah Kursus Pra-Perkahwinan dan Boxbe

    Salam sejahtera buat semua.

    Kursus Kahwin

    Hari Rabu lepas, saya melepaskan gambar yang mengisahkan saya berada dalam dilema. Dilema untuk memilih antara dua. Akhirnya, pilihan telah berjaya dibuat walaupun merasa kesal atas ketidakupayaan sesetengah pihak dalam melaksanakan urusan dengan lebih profesional.

    Jujur, memang setiap kali terlihat pasal poster Kursus Pra-Perkahiwnan sebelum ni, memang terdetik rasa hati untuk turut serta. Lagipun, dengan kos yang lebih rendah berbanding di luar, ianya satu peluang yang tak patut dilepaskan. Kalau sebelum ni agak segan nak masuk sebab masih terlalu awal, tapi kini dah berada di Tahun Akhir pengajian ianya tidak dirasakan terlalu awal lagi.