Ribut di UTP, Pokok Tumbang Lagi

Salam sejahtera buat semua.

Pokok Tumbang di UTP

Petang semalam, 28 Oktober 2011, satu lagi kejadian pokok tumbang terjadi di UTP. Kali ini, pokok yang lebih besar tumbang dan merentangi jalan yang memisahkan Village 1 dan Village 2, menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup untuk laluan sehingga kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut selesai.

Gambar di atas menunjukkan pokok tersebut yang akarnya telah terbongkah dari tanah. Telahan awal saya, pokok tersebut patah sebab kebiasaannya pokok-pokok di Village 1 patah di bahagian dahan atau batang utama. Kemungkinan gambar di atas ditangkap sebaik sahaja hujan telah reda dan dapat dilihat air masih lagi banyak bertakung.

Continue reading

Saya Masih Lagi Hidup, Terumbang-ambing Dipikul Ribut Cabaran

Salam sejahtera buat semua.

stress ball

Saya tidak pernah menyangka saya akan kehilangan kesempatan untuk mengemaskini blog lebih daripada seminggu. Bukan masa yang tiada menjadi penghalang. Masa masih ada dan kekal 24 jam seperti biasa.

Menyingkap entri terakhir sebelum ini iaitu jejaka yang hot meletup dabom, saya mengjangkakan akan mengisi entri seterusnya dengan entri dalam kategori Melodi d’Hujung Minggu dengan lagu Keterlaluan. Namun lain hal, lain keterlaluan yang terjadi.

Continue reading