Salam sejahtera buat semua.
Parit Buntar Inn, gambar lama…
Setelah membelah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Puchong ke UNITEN kemudian terus Parit Buntar Inn selama lima jam, kami disambut dengan meriah di sini. Persinggahan pertama di RnR Rawang membolehkan kami bertemu dengan rakan-rakan lain yang turut dalam perjalanan ke sini dan kali kedua kami singgah sebentar di Hentian Sebelah Bukit Gantang.
Tanpa disangka, ada sambutan meriah sebaik sahaja kami tiba di Parit Buntar Inn. Jalan masuk (sehala) ke laluan depan Parit Buntar Inn sesak dengan kereta memarkir di kiri dan kanan jalan.