Perancangan Perjalanan ke UTP Selepas Cuti Raya

Salam sejahtera buat semua.

Sedikit kemaskini berkenaan perancangan perjalanan kembali ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) pada hari ini sebagai tanda berakhirnya cuti raya untuk meneruskan sisa semester Mei 2011 dengan menduduki peperiksaan akhir.

Agak lama juga bercuti kali ini kerana dapat kembali awal iaitu pada hari Khamis minggu terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri yang sekaligus mengelak daripada terlibat dalam kesesakan jalan raya.

Walaupun cuti sebenarnya sudah berakhir lebih awal, tetapi disebabkan kertas peperiksaan yang perlu diambil jatuh pada hari Jumaat nanti, maka cuti boleh disambung sambil mengelakkan kesesakan lalu lintas, sekali lagi.

Continue reading

Ketibaan di UTP bagi Meneruskan Semester 8

Salam sejahtera buat semua.

10 Julai 2011

Alhamdulillah, tepat jam 7:02 petang, saya menjejakkan kaki di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di perkampungan lima (V5). Kalau mengikut perancangan asal seperti yang ditulis dalam entri sebelum bertolak pulang dari rumah, kami terlewat dua jam.

41444 KM (10.45 pagi)

Kelewatan ini berpunca daripada terlajaknya masa saya bergerak dari rumah itu pada pukul 10.45 pagi. Sudah terlajak 45 minit di situ kerana ada beberapa urusan di rumah yang perlu diselesaikan dan pagi tadi telah menjadi pagi yang paling produktif di rumah.

Continue reading