(Romance) Ku Ingin Kamu – Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa [OST Drama Asmara]

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Lagu Ku Ingin Kamu oleh Romance, salah satu lagu tema (OST) dalam drama Asmara menjadi pilihan untuk Melodi d’Hujung Minggu pada kali ini. Saya mendengar lagu ini bukanlah melalui drama Asmara. Drama Asmara pun saya tak pernah tengok. 😛

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan lagu ini ialah melodi di permulaan lagu yang mengasyikkan. Kalau korang tak pernah dengar, boleh dengar dalam muzik video rasmi Ku Ingin Kamu oleh Romance dalam klip di bawah.

Continue reading

(Hijau Daun) Setiap Detik – Rinduku Pada Dia

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Hijau Daun kembali pada tahun ini dengan album baru yang bertajuk Bersama Cahaya. Boleh tahan juga lagu-lagu baru dalam album ini walaupun mungkin tiada lagu yang mungkin mampu menyaingi lagu hits Hijau Daun sebelum ini iaitu Suara Ku Berharap.

Dalam Melodi d’Hujung Minggu kali ini yang agak lama sudah tidak dimasukkan, saya kongsikan bersama pembaca lagu Setiap Detik oleh Hijau Daun daripada album Bersama Cahaya (2010).

Continue reading

(Mawi ft Zamani) Tak Mungkin Berpaling – Official Video

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Sekitar lima bulan yang lalu, saya ada memasukkan sebuah klip video lagu Tak Mungkin Berpaling yang telah dinyanyikan semula Mawi dan Zamani. Lagu tersebut dimasukkan atas permintaan seseorang.

Yang lawaknya dalam video itu adalah klip disiarkan adalah animasi yang langsung tidak berkaitan dengan lagu tersebut (mungkin ada la sikit-sikit kot).

Continue reading

(Sudirman) Milik Siapakah Gadis Ini – Siapakah Gadis Itu?

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Lama dah tak buat entri untuk Melodi d’Hujung Minggu. Sebelum ni tak boleh buat sebab internet di UTP tidak membenarkan akses ke Youtube dan pelbagai lagi laman streaming yang lain.

Tapi sejak minggu lepas, setelah streamyx 4Mbps berjaya dipasang di rumah sewa ni, barulah boleh melayan video streaming dengan kelajuan yang memuaskan. Kira oklah kelajuan tu yang dikongsi dengan enam rakan serumah yang lain.

Continue reading