Sebelum Bergerak Pulang ke UTP

Salam sejahtera buat semua.

Rumah Che Ibrahim

Nampaknya percutian midsem telah menghampiri ke penghujungnya. Pagi ini saya akan bergerak pulang semula ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bersama-sama dengan tiga lagi rakan iaitu Farhan Faiz, Khairul Anuar dan Amir Maliki.

Rasa cepat je cuti ni berlalu. Lagipun, cuti midsem kali ni bukan lama sangat pun. Sekadar diberi cuti pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Rakan-rakan dan saya bernasib  baik kerana kelas terakhir adalah pada hari Isnin, maka kami berpeluang untuk pulang pada petang hari Selasa.

Continue reading

Mumble-less Monday #3: CJ07 Badminton

Salam sejahtera buat semua.

CJ7 Badminton

Gambar yang dirakam dengan iPhone 4 milik Safwan Diah selepas bermain badminton pada 10 Jun 2011 (Jumaat) yang lalu bersama-sama dengan geng CJ07 (ChemE 07).

Susunan rakan-rakan mengikut kedudukan dalam gambar:

Depan dari kiri; Khairul Anuar, saya dan Amir Maliki

Belakang dari kiri; Safwan Diah, Akmal Mokhtar, Nasrullah dan Safwan Atan.

Continue reading

Twitpic Sepanjang Minggu #6

Salam sejahtera buat semua.

Sejak siri koleksi gambar Twitpic tertangguh beberapa bulan yang lalu pada #5, tiada siri baru yang menyusul. Tepatlah kata-kata terakhir dalam tulisan tersebut yang menjangkakan akan hadirnya ribut yang kuat (maknanya semakin sibuk).

Gambar-gambar di Twitpic tetap jua bertambah dengan setiap satunya muncul di akaun Twitter saya. Cuma ianya tidak sempat untuk dikompilasikan dalam entri di blog. Mengambil kesempatan di awal sem yang masih lagi kurang terasa kesibukannya, maka hadirlah yang ke-6.

Continue reading