Bersih 2.0 (Kuning) vs. Patriot (Merah)

Salam sejahtera buat semua.

Warna Bersih 2.0 dan Patriot

1. Semakin menghampiri ke 9 Julai 2011 iaitu hari perarakan oleh kumpulan Bersih 2.0, semakin hangat isu berkaitan yang timbul di serata negara. Tidak kurang juga pasukan Patriot yang akan turut serta pada hari yang sama, tapi tujuan mereka saya kurang pasti.

2. Semalam, saya terserempak dengan sekumpulan geng baju merah dengan menaiki motor yang singgah di stesen minyak Petronas Taman Maju. Agak ramai juga mereka. Jadi, saya anggap mungkin mereka ini berkonvoi ramai-ramai. Telahan awal, mereka pelajar UiTM Seri Iskandar.

Continue reading

Rempuhan Lampu Merah Boleh Membawa Maut

Salam sejahtera buat semua.

Lampu isyarat

Anggaplah tulisan kali ini adalah luahan hati seorang aku yang sedang bengang. Bengang dengan sikap pemandu kita yang boleh membawa kepada kecelakaan di jalan raya.

Baru sahaja sebentar tadi aku melalui satu situasi yang mana beberapa orang pemandu merempuh lampu isyarat merah. Merah itu tandanya berhenti, bukan suruh ko gi langgar. Bongok!

Continue reading

Harga RON97 Naik 10 Sen Lagi Mulai 1 Februari 2011

Salam sejahtera buat semua.

Otak tengah serabut fikir nak balik ke tak Tahun Baru Cina ni, masuk pulak berita kenaikan harga minyak RON97 (lagi) sebanyak 10 sen mulai jam 12 malam, 1 Februari 2011. Ini memang kenaikan rutin (sebab belum pernah ada penurunan lagi sejak empat kali naik) berdasarkan semakan harga minyak yang tidak dikawal dengan subsidi oleh kerajaan.

Dengan kenaikan sebanyak 10 sen mulai tengah malam ni, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Continue reading

Dapat Juga Lesen Memandu P (3)

Salam sejahtera buat semua.

Lesen P

Sambungan daripada bahagian kedua, Tangguh Ambil Lesen Memandu Buat Sementara Waktu

Sekembalinya daripada cuti semester untuk kali pertama, aku sempat sambung balik untuk latihan lapan jam. Untuk motor, aku buat di cawangan Yakin Pandu yang dekat dengan rumah aku je. Cuma yang kereta tetap kena buat di Pengkalan Chepa. Letih jugak la kena ulang-alik. Keluar awal pagi, balik lewat petang.

Continue reading