H1N1: Kronologi Kematian (10 Pertama)

Salam sejahtera buat semua.

H1N1banner.jpg

Tentu ramai yang dah dengar ayat sinikal ni kan.

Mungkin singa dan harimau perlu mengaum untuk menakutkan manusia, namun babi hanya perlu sekadar bersin sahaja untuk menakutkan manusia sejagat di seluruh dunia

Semakin hari, jumlah kematian di Malaysia meningkat sejak kes pertama kematian dilaporkan pada 22 Julai yang lalu. Agak terkejut juga apabila penularan menjadi semakin serius sehingga Perdana Menteri sendiri menyatakannya.

Di bawah ini dipaparkan kronologi kematian akibat H1N1 (10 kematian pertama) yang telah mengorbankan 18 orang sehingga kini.

Continue reading

H1N1: Pengalaman sebenar seorang pesakit

Salam sejahtera buat semua.

H1N1banner.jpg

Daripada hari ke hari, statistik kematian dan positif H1N1 semakin meningkat. Tak terkejar pulak nak kemaskini dengan perkembangan semasa. Dalam banyak-banyak tu, saya terjumpa satu emel yang telah ditampal di sebuah forum.

Rasanya sangat rugi kalau saya tak kongsikan emel tersebut dengan para pembaca sekalian.

Continue reading

Cara pemakaian topeng penutup mulut

Salam sejahtera buat semua.

Sejak virus H1N1 semakin mengganas dengan 14 kematian setakat entri ini ditulis, semakin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan memakai topeng penutup mulut, sama ada untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan ataupun melindungi orang lain daripada jangkitan oleh sebab titisan cecair yang mungkin keluar daripada mulut atau hidung.

Namun, apabila semakin ramai yang pakai, macam-macam stail yang boleh dilihat. Stail yang lawak ada, yang salah pun ada. Stail yang salah sama sahaja seperti tidak memakainya, malah menyusahkan sahaja. Ramai juga yang mengeluh rimas semasa memakai topeng penutup mulut. Malangnya, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk merasainya, mungkin selepas ini.