Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya, bermula sudah majlis Grand Dinner, batch Jan 07. Saya sengaja tidak memuat naik gambar kerana semuanya telah dimuat naik ke halaman Facebook saya.
Kemaskini ringkas ini dibawakan daripada HTC Desire S.
beliamuda: Jumpa lagi dalam kemaskini seterusnya.
Tag Archives: Jan 07
Blogger kalampatah a.k.a @HazwanArif Kemalangan, Patah Tulang Paha
Salam sejahtera buat semua.
Entri ini ditulis khas buat rakan-rakan blogger yang mengenali kalampatah ataupun @HazwanArif di twitter. Untuk makluman, beliau dan tiga lagi rakan saya yang lain telah terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing sekitar pukul 11.30 pagi.
Pemandu dan seorang rakan yang berada di sebelah kanan kereta hanya mengalami luka ringan. Seorang penumpang yang berada di depan, Khairul Hakimi mati akibat tersepit di bahagian dada dan Hazwan Arif yang berada di belakang mengalami patah paha kaki kanan. Bahagian mata kirinya juga perlu dijahit akibat luka di bahagian atas dan bawah.
(Only Won) I Wanna Be An Engineer: Mood Final Year
Salam sejahtera buat semua.
Sudah seminggu saya secara rasmi berada di tahun akhir pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Keputusan telah dibuat untuk ambil majoring Process Control.
Tahun ni paling padat dengan tiga sem sampailah ke hujung tahun ni atau mungkin awal tahun depan dengan cuti sepanjang tahun yang mungkin tidak melebih sebulan pun (tidak termasuk cuti hujung minggu).
Jom layan lagu I Wanna Be An Engineer oleh Only Won (Billionaire Geeked Out Mix) sempena dengan mood final year! Lirik pun ada sekali kat bawah.