(Video) PETRONAS Deepavali 2011 TVC: Pursuit of Perfection

Salam sejahtera buat semua.


[PETRONAS Deepavali 2011 TVC]

Seperti amalan kebiasaan PETRONAS apabila tibanya musim perayaan utama, mereka akan mengeluarkan paparan Television Commercial (TVC) sebagai meraikannya. Tinggal lebih kurang seminggu lagi sebelum perayaan Deepavali 2011, maka satu lagi TVC berkaitan dihasilkan.

TVC bagi meraikan perayaan Deepavali pada tahun ini bertajuk Pursuit of Perfection yang dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil. TVC kali ini agak ringkas dengan paparan video sebuah keluarga dalam proses menyiapkan juadah nasi beriani dengan suara latar komentar berkenaan persoalan kebahagiaan dalam hidup seperti yang ditulis semula dalam baris ayat dibawah.

Continue reading

Novel Interlok untuk KOMSAS Tingkatan 5

Salam sejahtera buat semua.

Novel Interlok

Ketika balik ke kampung semasa perayaan Tahun Baru Cina tempoh hari, saya telah berkesempatan untuk membaca novel Interlok. Novel Interlok adalah salah satu novel kajian yang merupakan komponen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) untuk Tingkatan 5.

Novel inilah yang telah menimbulkan kontroversi apabila dibangkang penggunaannya oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan dalam novel. Saya tak sempat pun membaca hingga sampai ke bahagian yang diperkatakan tu.

Continue reading

Bukan Diri Aku Yang Sebenarnya

Salam sejahtera buat semua.

topeng manusia

aku bukan bisu, cuma aku berdiam diri.

aku bukan buta, cuma aku menutup mata.

aku akan kembali hidup semula bila tiba masanya….tapi bukan bermakna aku mati sekarang ini.

Tulisan ni dah lama ada di profil Facebook saya. Berada di sudut yang entah berapa ramai sebenarnya yang baca…

Gambar Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

Salam sejahtera buat semua.

Gerhana Matahari CincinGambar yang diambil daripada laman Ustream (live streaming) di India

Sementara penduduk di negara kita hanya mampu menyaksikan peristiwa Gerhana Matahari Separa (partial solar eclipse), sebahagian penduduk di Afrika Tengah, Maldives, India, Sri Lanka, Burma dan China berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin (annular solar eclipse) – mengikut turutan kawasan.

Continue reading