HTC Desire S: Merakam Video dalam kualiti HD 720p

Salam sejahtera buat semua.

Banner kamkoder HTC Desire S

Salah satu lagi ciri menarik pada HTC Desire S selain kebolehan kamera dengan sensor 5MP ialah kemampuan untuk merakam video dalam kualiti HD (720p). Dalam entri kali ini, kita akan sama-sama lihat kualiti video yang dirakam oleh HTC Desire S (dalam rakaman bukan HD dan HD).

Mengikut spesifkasi HTC Desire S, rakaman video dalam HD (720p) dirakam pada 30 fps (frame per second). Secara umumnya, antaramuka bagi kamkoder lebih kurang sama sahaja dengan antaramuka bagi kamera. Ciri utama pada tetapan bagi rakaman video untuk HTC Desire S adalah seperti berikut:

Continue reading

Hari-hari Terakhir di Penghujung Tahun 1430 Hijriah

Salam sejahtera buat semua.

Hari Yang Mendung

Langit beransur mendung seawal pagi 30 Zulhijjah 1430 Hijriah. Seperti yang telah dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi dan Kaji Cuaca, langit hitam yang sarat dengan air memenuhi dada langit.

Perut bumi yang gersang sejak seminggu lalu kehausan titisan air. Mungkin hujan kali ini akan membawa gelombang banjir yang keseterusnya?

Continue reading