Cuti yang membawa kalut dan keletihan (2)

Salam sejahtera buat semua.

Entri adalah sambungan daripada entri sebelumnya

Semasa solat Jumaat, khutbah yang disampaikan adalah berkaitan H1N1. Imam mengambil peluang semasa membaca khutbah untuk mengumumkan penutupan UTP yang bermula pada pukul 3 petang. Sepanjang khutbah, Imam banyak mengingatkan tentang sebab datangnya H1N1 dan apakah yang perlu dilakukan. Kerana tiba agak lewat, saya tidak sempat untuk mendengar keseluruhan khutbah.

Selesai sahaja solat Jumaat, saya mengambil peluang untuk membuka semula elearning. Nasib saya baik sebab dapat akses masuk dan membaca sendiri notis rasmi tersebut, sebelum menyalin dan menyiarkannya dalam entri di blog ini.

Continue reading

H1N1: Makin parah ke?

Salam kesejahteraan buat semua.

H1N1-banner

Sejak beberapa hari lalu, jumlah kematian akibat H1N1 telah meningkat. Kes kematian keempat berkaitan H1N1 dicatatkan pagi semalam, yang melibatkan remaja perempuan berusia 20 tahun (baya-baya aku je).

PUTRAJAYA 29 Julai – Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat Influenza A(H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican di Putrajaya hari ini.

Utusan Malaysia Online

Continue reading

H1N1: UiTM Shah Alam pula ditutup

Salam sejahtera buat semua.

Lewat tengah hari tadi, aku mendapat satu berita daripada seorang kawan. Katanya UiTM Shah Alam telah diarahkan tutup selama beberapa hari. Rasanya seminggu. Setakat aku menulis entri ni, belum ada lagi mana-mana media massa tanah air menyiarkan tentang penutupan UiTM Shah Alam.

Berikut adalah sms yang telah diterima oleh seorang pelajar UiTM Shah Alam. Continue reading

Hari Ini Dalam Gerhana

Salam sejahtera untuk semua.

Hari ini dunia mencatatkan sejarah tersendiri apabila gerhana matahari penuh paling lama dalam abad ke 21 telah berlaku. Sementara kita yang berada di Malaysia hanya berkesempatan untuk melihat gerhana matahari separuh sahaja. Tapi, aku tak nampak apa-apa gerhana pun. Mungkin sebab daya penghilatan jadi lemah sebab gerhana kot (ok, yang ni mengarut..).

Di sini saya kongsikan gambar-gambar gerhana yang direkodkan di negara-negara yang mengalami gerhana penuh.

Continue reading