Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson

Salam sejahtera buat semua.

Jika semalam aku dikejutkan dengan debaran bahan lawak oleh ITMS UTP, hari ini pula ialah debaran semasa melihat keputusan peperiksaan semester Jan 09. Aku secara tidak sengaja terbuka laman web UTP dan ternampak pautan untuk semakan keputusan telah diaktifkan. Masa tu memang dah berdebar sangat-sangat.

Terus sahaja aku menyebarkan kepada kawan-kawan melalui Google Group (GG). Namun, permainan lawak ini hanya tinggal debaran apabila tiada sebarang keputusan peperiksaan yang diumumkan. Pelbagai spekulasi liar diajukan oleh mereka-meraka yang mengikuti perkembangan di GG.

Continue reading