Salam dan Hi untuk semua. Beliau telah menganugerahkan aku dengan Friednship Award – The Best Blogger. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan rakan-rakan blogger yang lain di samping memberikan pautan ke laman mereka. Buat masa ini, aku masih belum lagi menyediakan satu halaman khas (baca: page) sebagai pautan ke blog-blog rakan-rakan sekalian. Untuk entri kali ini, 10 rakan blogger telah aku senaraikan dengan penerangan yang serba ringkas mengenai mereka.
Category Archives: Meja penulis
Hotlink Youth Club
Dua hari lepas, terdapat sedikit kesukaran untuk menghantar mesej menggunakan Hotlink. Asyik-asyik “message not send“, lalu tersangkut la dalam outbox. Kena cuba dua tiga kali jugak la.
Semalam, semasa sedang asyik melayari Internet, aku dikejutkan dengan bunyi SMS di telefon. Oh, mesej daripada Hotlink rupanya.
“Apa la yang Hotlink nak spam kali ni?” aku bergumam sendiri…
Mesej pertama…
Hi Hotlink Zone User: GOOD NEWS! U R now in the NEW Hotlink Youth Club specially for students! Enjoy the LOWEST call rate @12 sen/min nationwide & 1sen SMS
Mesej kedua… (bad news!!)
Kindly note that the existing Hotlink Zone service will be terminated effective 25/5/09 & replaced with Hotlink Youth Club. Visit hotlink.com.my for info
Mula-mula terkejut juga. Pelan apa pulak la yang Hotlink perkenalkan ni. Dulu, sebelum Hotlink Zone, ada Campus Zone. Masa dia berhentikan Campus Zone tu, kena aktifkan sendiri Hotlink Zone. Bukan automatik. Terus aku cari maklumat pasal ini. Macam menarik pelan ni. Rujuk gambar di bawah untuk kadar caj yang dikenakan.

Kadar yang dikenakan nyata lebih menarik daripada kadar untuk Campus Zone. Campus Zone tidak efektif untuk kawasan di luar kampus. Namun untuk Hotlink Youth Cub, ia efektif semasa berada di dalam kampus dan juga di luar kampus. Pelan ini semestinya untuk menyaingi U.O.X daripada Celcom dan juga D’Campus daripada DiGi.
Aku pun tertanya-tanya juga, bilalah Hotlink nak lawan balik pelan daripada Celcom dan DiGi yang sememangnya telah banyak menarik pelajar-pelajar Universiti. Akhirnya, nah keluarlah Hotlink Youth Club.
Tidak lama kemudian, mesej ketiga sampai…
Hotlink Youth Club allows you to enjoy 4 years validity! Just ensire a minimum topup of RM10 per year. It’s that simple!
Ini memang yang paling menarik bagi mereka yang menggunakan lebih daripada satu nombor (namun agak tak disukai oleh penjual topup, seperti aku.. :p). Apabila aku semak baki kredit aku… inilah yang keluar…
Baki: ##.##. Tarikh Luput: 02.04.2013.
Yeah!!, tak perlu lagi nak suruh adik aku share kredit semata-mata aku nak tambah tarikh luput… Huhu~~
Untuk info yang lebih lanjut, sila ke laman Hotlink Youth Club.
beliamuda: nasib baik Hotlink tak hantar mesej pembatalan Campus Zone tu dulu.. mana la tahu dia nak buat dajal masa April Fool…
Domain dan hosting baru
Dalam kesibukan sepanjang minggu ini, aku telah mengambil keputusan untuk berpindah daripada platform Blogspot kepada platform hosting berbayar. Kenapa pula aku nak guna platform yang berbayar? Sedangkan kalau aku guna Blogspot, percuma sahaja. Sebenarnya sudah lama aku ingin untuk menggunakan perkhidmatan hosting berbayar di atas beberapa kelebihan berbanding perkhidmatan blog percuma.
Ini adalah kali pertama aku menggunakan hosting berbayar. Proses sebelum blog ini dapat diwujudkan juga agak mencabar. Setelah selesai sahaja urusan pendaftaran dan pembayaran, aku terpaksa menunggu sebelum domain tersebut wujud (baca: propagate) dalam alam Internet. Setelah menerima emel pengesahan dan maklumat mengenai akaun aku di hosting tersebut, aku mula dengan langkah pertama untuk memuat naik WordPress ke pelayan (baca: server). Kenapa WordPress? Sebab pecuma dan aku perrnah menggunakan WordPress.com.
Aku juga telah mencipta localhost di dalam laptop aku untuk melihat sendiri bentuk blog tersebut apabila blog tersebut wujud di Internet. Di sinilah aku belajar untuk membina database menggunakan myPHP admin. WordPress juga telah menyediakan panduan yang lengkap dengan langkah-langkah yang mudah dituruti. Aku telah memuat naik semua fail berkaitan pada hari Isnin dan kebetulan hari tersebut cuti Maulidur Rasul. Semua proses seleasai usai petang tersebut.
Namun, aku masih belum berkesempatan memuat naik tema (baca: theme) untuk blog tersebut. Walaupun aku dah memang sedia ada tema-tema untuk wordpress yang telah aku muat turun untuk percubaan di localhost, namun tiada tema yang berkenan di hati untuk diguna. Kebetulan pula, selepas hari tersebut sambungan Internet telah jatuh sakit dan sedikit tenat. Tambahan pula, aku juga perlu bersedia untuk ujian dua subjek teras; Process Heat Transfer dan Chemical Thermodynamics dan satu subjek elektif iaitu Bahasa Arab Komunikasi. Disebabkan itu, proses untuk mencari tema untuk blog aku tertanguh.
Oleh sebab itu, aku muat turun mana yang sempat di kala sambungan Internet sedikit kuat dan memilih yang berkenan di hati. Kemudian, aku cuba di localhost terlebih dahulu untuk melihat hasilnya. Akhirnya, semalam aku berkesempatan untuk memuat naik ke pelayan dan memasang tema tersebut. Aku juga telah memindah semua entri yang pernah ditulis di http://beliamuda.blogspot.com ke sini. Proses tersebut sepatutnya mudah, tapi disebabkan sambungan ke pelayan yang aku daftarkan tidak menyokong sambungan TLS/SSL, maka aku pindahkan dulu entri tersebut ke http://beliamuda.wordpress.com sebelum aku muat turun ke laptop dan muat naik semula ke blog ini. Buat masa sekarang, inilah yang aku mampu lakukan dalam kesibukan sebagai seorang pelajar.
beliamuda: terima kasih kepada Hakim kerana memperkenalkan hosting yang murah ini.
Semalam yang meletihkan
Dengan segala usaha yang ada, kami berhasil menyiapkan laporan eksperimen untuk Sepro, dalam serba kekurangan. Nasib baik ada ahli tambahan, Amin, Presiden RSCU UTP. Huhu~~. Bangga pun ada juga dapat satu kumpulan dengan orang yang mantap macam dia. Cuma dia agak sibuk sedikit la.
Dalam keterlewatan menyudahkan laporang tersebut, kami terpaksa membayar kos yang tinggi. Laporan eksperimen Process Heat Transfer (PHT) juga tertangguh secara automatik. Yang menariknya, laporan tersebut wajib dihantar pada hari ini. Aku tak sangka pula pengiraan daripada data eksperimen sangat banyak. Tak seperti prosedur eksperimen yang agak senang. Cis… Punya la panjang.
Maka, semalam kami berkumpul untuk menyiapkan laporan tersebut. Nasib baik aku telah awal-awal lagi memasukkan data ke dalam MS Excel untuk proses pengiraan dan keputusan. Aku telah mengedarkan data tersebut kepada setiap ahli kumpulan. Semalam baru aku perasan banyak sangat pengiraan yang kena buat dengan segala formula yang panjang lagi pelik. Nasib baik aku berhasil mengeksploitasi MS Excel untuk pengiraan. Tapi, kami masih belum mampu menyudahkannya….
Kami berkumpul di cafe V4 sebelum bergerak ke cafe V5 pada pukul 12 malam kerana kesiankan Farah yang tinggal di V5. Akhirnya, kami bertiga sahaja yang tinggal buat kerja – aku, Shahwal dan Luqman. Farah awal-awal lagi dah beransur pulang ke bilik menyahut seruan bantalnya. Cis… Kami meneruskan pengiraan sambil layan lagu Rock Kapak. Nampaknya, Luqman juga tidak mampu untuk bertahan. Aku dan Shahwal meneruskan pengiraan yang sangat banyak itu sambil melayan trailer muvi-muvi terbaru. Maklumlah, internet sangat laju masa tu.
Akhirnya, kami semua pulang ke bilik masing-masing tepat pukul 4.50 pagi. Semasa tiba di bilik, aku terus buka balik laptop untuk layan drama “Heroes” sambil makan. Sekitar pukul 6 aku terlelap sebelum bangun semula untuk solat subuh dan ke kelas yang bermula pukul 8. Luqman awal-awal lagi dah keluar untuk ke Pusat Memandu. Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku mengagahkan diri ke kelas dan nasib baik Dr. Muru hanya buat latihan sepanjang kelas. Maklumlah, tutorial. Selalunya, dia bagi syarahan. Habis sahaja kelas, terus aku berjalan pulang seorang diri sebelum singgah ke bilik Apih di V3. Oh, saya sudah tidak mengantuk…
Pukul 12 terpaksa ke makmal untuk menghantar laporan dan juga untuk Viva. Hajatnya, nak keluar potong rambut la hari ni…
p/s: kalau sesiapa yang baca di twitter aku (@beliamuda), lebih kurang la apa yang aku update kat sana.
beliamuda: banyak lagi kerja tertangguh… resolusi semalam, tak nak tangguh kerja… berjaya ke?


