Imbas kembali September 2009

Salam sejahtera buat semua.

september 2009

Berlalu sudah September 2009 yang merupakan antara bulan paling banyak berlaku perkara-perkara menarik dalam hidup aku. Macam setahun yang lepas jugak la kan. Hmm…

Awal bulan September (lebih tepat lagi pada akhir bulan Ogos), aku baru sahaja pulih kembali daripada demam + selsema + batuk + ulser. Satu kenikmatan terasa bila pulih semula dan rasa cergas. Lepas daripada tarikh ni la baru aku aktif semula menulis.

Continue reading

Tiba jua di kampung halaman untuk beraya

Salam sejahtera buat semua.

UTM balik kampung

Gambar Hiasan (Pelajar UTM)

Alhamdulillah. Selamat sampai juga akhirnya ke rumah. Perjalanan dalam bas yang macam biasa menyebabkan aku menggigil dengan kesejukan yang menusuk sampai ke tulang. Serius, memang sejuk betul.

Rasanya, kebanyakan pembaca-pembaca blog dan juga pengguna internet di Malaysia dah ramai yang offline. Maklumlah, semua nak balik beraya ke kampung. Tak kurang juga blogger yang menyatakan ada penurunan mendadak trafik. Sape la kan yang nak beraya depan internet ni. Yang tak balik kampung je la kot. Huhu~

Continue reading

Curi Masa – Tag daripada Ikin

Salam sejatera buat semua.

Alamak, tak sempat lagi nak mencelah untuk masukkan entri yang dimaksudkan sebelum ni. Kelas hari ni, daripada pukul 10 sampai pukul 3, amat meletihkan. Nasib baik kebanyakan kelas agak santai. Mood raya gamaknya? Hehe.. Pelajar perempuan pun ramai yang melaram. (Jangan tembak saya ya kawan-kawan~ XD).

Kebetulan ada tag daripada Ikin, jom kita balas balik. Lagipun, dah lama tak tag-tag ni. Huhu~ Jom layan… Sebelum tu, jom dengarkan melodi d’ hujung mingguKekasih Halal dan Kisah Gadis Berkerudung Merah.

Continue reading