Category: Gambar

  • Studi di IRC bersama Geng Control CJ07

    Salam sejahtera buat semua.

    Studi di IRC

    Macam tak terasa je yang hakikatnya sekarang ni sedang berada dalam musim final exam. Sekarang ni cuma tinggal satu paper je lagi. Tiga paper telah ditempuhi beberapa hari yang lalu. Selepas paper terakhir ni, maka berakhirlah Final Year, First Semester di UTP.

    (more…)

  • Pelangi petang yang muncul selepas hujan

    Salam sejahtera buat semua.

    Pelangi selepas hujan

    Hujan turun lagi lewat petang ini. Panas terik sedari pagi tadi terhapus dek awan gelap yang menitiskan gerimis petang. Kini langit kelihatan merah saga.

    Di saat kesibukan mula terasa menghimpit ruang masa, ditambah lagi dengan waktu di penghujung sem yang menghampiri peperiksaan akhir, segalanya dirasakan semakin memberat untuk ditanggung.

    Cahaya yang hadir di saat kesusahan ini melanda, sedikit sebanyak menyinari sudut yang dirasakan semakin kelam. Sebentar tadi, satu berita gembira diterima. Moga ianya dapat disahihkan dan menjadi penyeri di saat stress semakin menggila. Harapan…

    (more…)