(Video Promo) Nokia X7-00 Bakal Menjengah Pasaran

Salam sejahtera buat semua.

nokia_x7_dark_steel_front-left_400x400Sudah dua tahun sejak saya memakai henset Nokia 5800 XM. Setakat ini, 5800 XM masih lagi berfungsi dengan baik dan hayat bateri masih lagi di tahap yang memuaskan. Jarang boleh jumpa hp Nokia yang sebagus ni. Sudah beberapa jenis hp Nokia yang telah saya guna sebelum ini.

Kini, Nokia bakal memperkenalkan satu lagi henset baru dalam siri X iaitu Nokia X7-00. Buat pengetahun semua, siri X ni susur galurnya berasal daripada siri Xpress Music (XM). Jadi, siri X itu sebenarnya khusus kepada henpon bercirikan hiburan.

Kenapa saya tertarik sangat dengan Nokia X7-00 ni? Sebabnya saya tengah mencari penganti kepada henset yang tengah saya pakai sekarang ni. Henset sekarang ni masih lagi bertahan walaupun skrinnya pernah tercalar semasa diletak di dalam poket seluar setelah bergesel secara tidak sengaja dengan meja batu dan selalu digunakan dengan ekstrem untuk merekod video serta melayari Internet (baca: tethering).

Continue reading

Review Sangat Ringkas Nokia C6-01

Salam sejahtera buat semua.

Semalam ada seorang kawan baru saja angkat Nokia C6-01 (ingatkan dia nak beli Nokia N8 😀 ). Sempat la jugak merasa apakah itu Nokia C6-01 sebab kawan tu suruh tengok-tengokkan HP baru dia tu. Sebelum ni sempat la juga usha Nokia C6-00.

Sebelum ke review @ rebiu sangat ringkas mengenai Nokia C6-01, tengoklah dulu video promo di atas.

Nokia C3 Untuk Penggunaan Rangkaian Sosial

Salam sejahtera buat semua.

nokia-c3

Satu lagi telefon bimbit pintar daripada Nokia baru sahaja dilepaskan kepada umum iaitu Nokia C3. Nokia C3 (seperti model lain dalam siri C) adalah khusus untuk pengguna yang aktif dalam rangkaian sosial. Nokia N8 juga sudah ada dalam pasaran Malaysia.

Continue reading

Nokia N8 Mula Dijual Di Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

nokia_n8_silver

Jika sebelum ini Nokia membuka tempahan untuk telefon bimbit pintar (hp) terbaru keluaran mereka iaitu N8, kini ianya telah mula dijual dalam pasaran di Malaysia.

Nokia N8 dilengkapi dengan kamera 12-megapixel yang menggunakan lensa optik Carl-Zeiss dan flash Xenon. Banyak lagi fungsi-fungsi lain yang melengkapi telefon pintar ini seperti rakaman gambar dan video pada kualiti HD, menonton rancangan TV seperti CNN, E! Entertainment, Paramount dan National Geographic serta rancangan TV tempatan seperti 8TV dan TV3 Catch-Up, juga dilengkapi Ovi Maps dan pelbagai lagi aplikasi dan wiget daripada Ovi Store.

Continue reading