(Ramlah Ram ft. Sleeq) Sesaat Kau Datang: Jangan Terlalu Misteri

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Dah lama tak masukkan lagu untuk Melodi d’Hujung Minggu. Itu tandanya tiada masa yang terluang untuk melayankan melodi yang sedap didengar oleh telinga (betul untuk dua bulan kebelakangan ini) atau tiada lagu yang saya mahu kongsikan di sini.

Kali ini saya kongsikan lagu Sesaat Kau Datang yang dinyanyikan oleh Ramlah Ram featuring Sleeq. Kalau tak silap, ada versi bahasa Inggeris. Tapi tak berminat pula saya untuk mencari versi bahasa Inggeris tersebut. Jadi, lagu Sesaat Kau Datang yang dikongsikan di sini adalah versi bahasa Melayu.

Di bawah ini adalah muzik video lagu Sesaat Kau Datang dengan lirik lagunya sekali.

Continue reading

(Maulana AF8) RSVP – Berikanlah Jawapanmu

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Lagu RSVP oleh Maulana AF8 adalah antara lagu dalam AF8 yang aku suka selain lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan oleh Shahir AF8. Apa yang menjadikan lagu ni menarik adalah stail jazz yang dibawakan oleh Maulana dan juga masa dia nyanyi part Répondez s’il vous plaît (RSVP) tu.

Apakah maksud disebalik RSVP @ Répondez s’il vous plaît ? RSVP maksudnya ialah Please Reply~ @ Berikanlah Jawapanmu (jiwang sikit~). Dibawah ialah klip video lagu RSVP.

Continue reading