Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Siapa kat sini yang tidak tidur semata-mata untuk menyaksikan sendiri gerhana bulan yang berlaku awal pagi tadi? Cuaca di sini (Universiti Teknologi PETRONAS – UTP) yang hujan dan diliputi awan menjadikan suasana lebih mengulit untuk tidur.

Walapun dah kunci jam untuk bangun pada pukul 3 pagi, saya bangun sekadar untuk tutup loceng jam sahaja, Hehe. Namun, keadaan cuaca yang hujan di UTP tidak menghalang untuk beberapa orang rakan saya menikmati gerhana bulan penuh yang terjadi.

Menurut Faris, dia dapat menyaksikan fenomena gerhana tersebut. Seorang lagi rakan berjaya merakam siri gambar sepanjang gerhana bulan terjadi awal pagi tadi. Saksikan gambar-gambar yang dirakam oleh beliau tersebut.

Continue reading

Pelangi petang yang muncul selepas hujan

Salam sejahtera buat semua.

Pelangi selepas hujan

Hujan turun lagi lewat petang ini. Panas terik sedari pagi tadi terhapus dek awan gelap yang menitiskan gerimis petang. Kini langit kelihatan merah saga.

Di saat kesibukan mula terasa menghimpit ruang masa, ditambah lagi dengan waktu di penghujung sem yang menghampiri peperiksaan akhir, segalanya dirasakan semakin memberat untuk ditanggung.

Cahaya yang hadir di saat kesusahan ini melanda, sedikit sebanyak menyinari sudut yang dirasakan semakin kelam. Sebentar tadi, satu berita gembira diterima. Moga ianya dapat disahihkan dan menjadi penyeri di saat stress semakin menggila. Harapan…

Continue reading

Twitpic Sepanjang Minggu #5

Salam sejahtera buat semua.

Nampaknya saya telah tertinggal untuk mengemas kini mengenai Twitpic pada minggu lalu diakibatkan oleh masalah sambungan Internet yang dialami di awal minggu. Sedikit sebanyak, urusan di alam maya tergendala dan tertangguh.

Sebagai memenuhi siri gambar twitpic sepangjang minggu, saya masukkan dulu tulisan bagi Minggu #5 (sepatutnya sudah minggu #6).

Continue reading