Tag: Universiti Teknologi Petronas

  • (UTPian) Notis H1N1

    Salam sejahtera untuk semua.

    Berita penutupan sementara UTP selama seminggu nampaknya telah menimbulkan sedikit kekacauan dan kerimasan kepada pelajar. Notis rasmi telah diedarkan dan boleh diakses di elearning. Namun, disebabkan peningkatan mendadak trafik akses ke elearning, terdapat kesukaran untuk memasukinya, tambahan pula aku yang menggunakan wifi.

    Sebagai paparan dan peringatan untuk pelajar lain, di sini dipaparkan notis penuh yang diedarkan dalam elearning. (more…)

  • Kemaskini Pantas: UTP juga ditutup?

    Salam sejahtera buat semua.

    Ini adalah kemaskini pantas mengenai status penutupan sementara Universiti Teknologi Petronas akibat daripada virus H1N1. Setakat ini, masih belum ada kes positif H1N1 diumumkan, namun ura-ura mengatakan berita penutupan itu adalah sahih.

    Berita yang diterima daripada HICOM Convo Fair 2009 mengatakan berita penutupan adalah sahih dan tepat. Namun, masih belum ada penutupan rasmi diumumkan di laman web UTP mahupun Elearning. Sekarang ini, HICOM Convo Fair sedang menngadakan mesyuarat tergempar. (more…)