Salam sejahtera buat semua.
Sudah hampir sebulan berlalu sejak saya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) setelah cukup lima tahun saya berada di sana bermula daripada Januari 2007. Genap lima tahun di sana menandakan tamat sudah pengajian di peringkat Ijazah Kejuruteraan Kimia.
Kenapa saya tidak menulis di sini sebaik sahaja selepas tamat pengajian di UTP? Kesempatan masa dan peluang untuk menulis itu terhad sebaik sahaja saya kembali ke rumah tempoh hari. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk saya mengimbau semula hari-hari yang dilalui sepanjang minggu terakhir berada di UTP.