Salam sejahtera buat semua.
Badan terasa penat setelah lebih lapan jam meluangkan masa dengan Irsyad dan Luqman di luar UTP. Kami bergerak ke luar sebaik sahaja solat Subuh menuju ke Teluk Senangin, Lumut kerana melarikan diri daripada gangguan bekalan elektrik di UTP pada pagi tadi.
Lewat petang tadi, saya dikejutkan dengan berita kebakaran sebuah gudang kitar semula di Kawasan Perindustrian Farlim, Menglembu yang jaraknya tidaklah terlalu jauh sangat dari UTP. Berikut adalah petikan berita yang dipaparkan di Utusan Malaysia Online pada petang tadi.