Tragedi 6 Ogos 2010: Kemalangan Motor di Kulim

Salam sejahtera buat semua.

Celesticos Tribe di Satay House Kulim
Bergambar dengan sebahagian Celesticos Tribe di Satay House Kulim sehari sebelum tragedi. Dalam gambar ialah Zopo, Kak Wa, Saya, Aik, Jak dan Tajul.

Mungkin ini adalah salah satu kisah yang ramai kawan-kawan saya tidak tahu kecuali mereka yang tinggal serumah dengan saya di Taman KTC 3 dan rakan-rakan yang lain yang berpraktikal sekali di Kulim Hi-Tech.

Saya masih ingat lagi tarikh 6 Ogos 2010. Tarikh yang menjadi salah satu titik hitam dalam hidup saya yang mana saya terlibat dalam kemalangan motorsikal. Walaupun kecederaan yang dialami oleh saya tidaklah teruk sangat, tetapi apabila difikirkan balik, ada kemungkinan untuk terjadi sebaliknya.

Segalanya bermula selepas waktu Maghrib pada hari tersebut, hari Jumaat. Masing-masing belum makan lagi kerana pulang daripada kerja pada pukul 5.30 petang. Pada waktu tersebut, baru sahaja seminggu sejak saya mula menggunakan kereta Viva.

Continue reading

Jalan-jalan Pusing Taman Di Pagi Hari

Salam sejahtera buat semua.

bukit-ktc-3

Pagi yang indah macam hari ni elok jika diisi dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan taman perumahan ni. Kalau tak silap, ini kali pertama saya dan sahabat pusing kawasan perumahan ni di awal pagi.

Kawasan Taman KTC 3 ni memang berbukit. Kat depan rumah tersergam dua buah bukit yang tak berapa tinggi.

Continue reading