Selamat Menduduki SPM 2012!

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh SPM 2012

Kalendar persekolahan dalam bulan September terkenal dengan UPSR, bulan Oktober dengan PMR, manakala bulan November dengan SPM. Kini bulan November telah pun tiba, maka tempoh peperiksaan awam paling panjang di Malaysia akan bermula pada hari esok sehingga 6 Disember 2012.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan berlangsung bermula Isnin, 5 November 2012 sehingga 6 Disember 2012. Jadual lengkap SPM 2012 boleh dirujuk sebagai panduan mata pelajaran dan subjek yang akan diduduki nanti.

Continue reading