Tarikh Keputusan Rasmi SPM dan STAM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Setelah pelbagai spekulasi tentang tarikh keputusan SPM 2009 dan khabar angin keputusan SPM 2009, akhirnya pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2009 telah diumumkan. Turut diumumkan ialah tarikh pengumuman rasmi keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009.

Keputusan SPM dan STAM 2009 akan diumumkan pada hari khamis ini iaitu 11 Mac 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Continue reading

Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2009 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

Continue reading