Awak tahu tak apa saya nak cakap

Di suatu malam yang dingin, aku berjalan seorang diri di padang. Suasana hitam pekat. Di suatu sudut, kelihatan satu pasangan sedang asyik memadu asmara. Aku pergi hampir kepada mereka dan memberi salam (pasangan yang beragama Islam).

Aku: Assalamualaikum.

mamat dan minah: Waalaikumussalam.

Aku: (ditujukan kepada mamat) Awak tahu tak apa saya nak cakap?

mamat: Tak tahu…

Aku: (ditujukan kepada minah) Awak tahu tak apa saya nak cakap?

minah: Tak tahu juga….

Aku: Kalau dah tak tahu apa yang saya nak cakap, tak payahlah nak ber“drama” kat sini. Ilmu tu tak cukup lagi… Ada hati nak buat kerja macam ni…

mamat dan minah kebingungan dan tersipu-sipu malu lalu mereka beredar dari situ…

Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Idea ini datang semasa aku dalam perjalanan pulang dari Chancellor Complex sebentar tadi. Aku dan Irsyad terserempak dengan satu pasangan. Tapi, aku ni tiada “kekuatan” nak menegur mereka. Apa yang aku lakukan hanyalah sekadar membuat bunyi bising supaya mereka paham. Malangnya, mamat dan minah tu tak paham. Lalu terbitlah idea di atas untuk diperdialogkan jika aku ada kekuatan untuk menegur mereka…

beliamuda: dialog di atas adalah hasil perahan idea daripada lagenda Nasrettin Hoca. Kalau nak tahu siapakah Nasrettin Hoca, silalah ke Wikipedia.