Salam sejahtera buat semua.
Bersimulasi dengan menggunakan perisian iCON di blok 5 untuk projek Plant Design, bukanlah mengujakan, tetapi mencabar tahap kesabaran dalam proses cuba jaya untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Program simulasi yang melibatkan pelbagai pengiraan yang rumit melibatkan material and energy balances, thermodynamics, heat transfer, separation process dan chemical reaction memerlukan kesabaran di kala komputer tiba-tiba meragam, tidak memberikan respon atau paling menyedihkan, program terpadam dengan sendiri menyebabkan simulasi hilang begitu sahaja.