Bertahun Bercinta, Tapi Jodoh Tak Kesampaian

Salam sejahtera buat semua.

Love hate

Mereka sudah bertahun-tahun lamanya bercinta. Sejak dari zaman perkenalan awal mereka di bangku sekolah lagi. Pasangan kekasih yang sekelas. Sebut sahaja nama Fahmi dan Alia. Pasti ramai yang tahu. Selalu nampak mereka berkepit bersama ke mana-mana sahaja.

Itu di zaman persekolahan. Kedua-duanya berada dekat antara satu sama lain. Tapi mungkin tidak selamanya dekat kerana selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, pastinya ada yang akan mula membawa haluan masing-masing.

Continue reading

Tarikh Baru Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan bagi Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011, tarikh pengumuman bagi semakan temuduga yang diumumkan sebelum ini iaitu 11 April (Isnin) telah dipinda kepada 12 April (Selasa).

Continue reading

Analisa Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Slip keputusan SPM

Akhirnya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun diumumkan secara rasminya pada hari ini, 23 Mac 2010. Tamat sudah segala teka-teki yang pernah bermain dalam beberapa entri yang telah ditulis oleh saya sebelum ini.

Berteka-teki dengan adik-adik pelajar lepasan SPM di “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?” Kemudian muncul pula satu petikan ucapan yang membawa kepada “Keputusan SPM 2010 Mungkin Diumumkan Dalam Bulan April?” Lalu, pelbagai “Khabar Angin Tarikh Keputusan SPM 2010” menjadi bualan ramai pelajar SPM 2010. Akhirnya, segala persoalan terjawab dengan “Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2010”.

Continue reading

Jadual Waktu SPMU 2011

Salam sejahtera buat semua.

Jadual Waktu SPMU

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) – SPMU 2011. Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi SPMU 2011.

Continue reading