Tag: rumah sewa

  • Gambar Kejadian Rumah Runtuh Pelajar Malaysia di Indonesia

    Salam sejahtera buat semua.

    Rumah Runtuh di Indonesia

    Awal pagi semalam, pelajar Malaysia di Indonesia dikejutkan dengan kejadian bahagian depan rumah sewa mereka runtuh. Kejadian yang terjadi pada awal pagi 11 Februari itu melibatkan 11 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia. Salah seorang daripada mereka merupakan bekas rakan sekelas saya semasa di MRSM Pengkalan Chepa.

    Selain daripada 11 orang pelajar Malaysia, rumah tersebut turut dihuni oleh pelajar Indonesia. Kesemua mereka adalah mahasiswa wanita Universiti Trisakti. Alhamdulillah, tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut. Lokasi kejadian ini ialah di Jalan Tawakal 6, A-B, Grogol, Jakarta Utara.

    (more…)

  • Apabila Bil Air Melambung Tinggi

    Salam sejahtera buat semua.

    Bil Air SADA Disember 2010

    Terkejut dengan bil air sebanyak RM335.50? Tidak bagi kami yang menerima bil air tersebut. Kami telah menjangkakan yang bil air pada bulan ini akan mencecah nilai melebihi RM300.

    Beberapa bulan kebelakangan ini, bil air telah pun melebihi paras tiga digit. Jika sebelum kembali pulang untuk Hari Raya Puasa tempoh hari bil air hanya sekitar RM30 sahaja, selepas itu bil air terus melambung melepasi nilai RM100.

    (more…)