Tag: puasa

  • Masa yang Pantas Berlalu, Bertemu Semula dengan Bulan Ramadhan

    Salam sejahtera buat semua.

    ramadhan
    kredit kepada budakli di Flickr

    Terasa sedikit kelainan pagi ni. Mahu bertekad untuk tidak tidur selepas solat Subuh dan terus memacakkan diri di depan laptop. Bukan buat urusan yang sia-sia. Sebelum balik raya ni (penghujung sem Mei 2011), ada tiga laporan kerja kursus (baca: report) yang perlu dihantar. Pemangkinnya, nak balik awal sebelum raya.

    Mengimbau kembali setahun yang lalu, terasa pantas masa berlalu sejak kali terakhir menempuh Ramadhan. Ramadhan tahun lalu dilalui semasa tengah berpraktikal di Celectica Kulim. Maknanya, suasana bersahur, berpuasa dan berbuka adalah berbeza dengan apa yang pernah dilalui sebelum ni.

    (more…)

  • Tarikh Mencerap Anak Bulan Puasa 2011: Bulan Ramadhan 1432H/2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Anak bulan Ramadhan

    Esok, kita akan menjejakkan kaki di bulan Sya’aban. Bermakna cuma tinggal lagi sebulan sebelum bulan Ramadhan pula tiba. Sebelum tarikh puasa yang sebenar ditentukan, pihak berkuasa akan mencerap anak bulan Ramadhan terlebih dahulu.

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2011 iaitu pada 31 Julai 2011. Di bawah adalah petikan kenyataan yang disiarkan di laman Majlis Raja-Raja.

  • Balik Kampung, Menjelang Syawal dan Ucapan SMS Raya

    Salam sejahtera buat semua.

    bulan sabit

    Lebaran yang dinanti tahun ini semakin kunjung tiba. Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semua orang sudah mula dikuasai mood raya. Masing-masing dah mula keluar membeli-belah untuk persiapan raya.

  • Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H

    Salam sejahtera buat semua.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

    (more…)