(Gambar) Proton Saga Facelift (FL) 1.6 Ekskutif

Salam sejahtera buat semua.

proton-saga-1600cc-3_770

Baru tadi dapat tahu apabila Faris memberitahu Proton ada mengeluarkan Proton Saga FL 1.6 Ekskutif, kebetulan masa tu tengah naik motor dan ternampak sebuah Proton Saga 1.3 kat depan. Pada bulan Disember tahun lalu, Proton Saga FL diperkenalkan kepada para pembeli.

Di UTP sekarang ni dah boleh tengok beberapa biji Proton Saga FL (kawan sekelas pun ada baru beli dan pakai Proton Saga FL) yang dipakai oleh oleh golongan pelajar, tapi tak banyak lagi la. Memang sasaran pembeli untuk Proton Saga FL adalah golongan muda pun.

Kini, barisan varian Proton Saga FL Ekskutif ditambah lagi dengan enjin kapasiti 1600cc dan dikenali sebagai Proton Saga FL 1.6. Lihat gambar-gambar Proton Saga FL 1.6 di bawah yang diambil daripada Paultan.

Continue reading

(Gambar) Proton Saga FL [Facelift] Untuk Tatapan

Salam sejahtera buat semua.

Proton Saga FL

Sudah seminggu berlalu sejak Proton Saga Facelift atau nama ringkasnya Proton Saga FL diperkenalkan oleh Proton Holdings kepada rakyat Malaysia. Dilaporkan Saga FL telah pun mula dihantar ke pusat jualan Proton di seluruh negara.

Macam agak terlambat sedikit untuk saya menulis mengenai Proton Saga FL (bukan mengenai hal teknikal pun). Seperti biasa, saya suka untuk berkongsi dengan pembaca, juga untuk tatapan diri saya di masa depan, saya paparkan gambar-gambar rekaan dalaman dan luaran Proton Saga FL. Terima kasih kepada Paultan untuk gambar ini.

Continue reading