Tag: Nuna

  • Aini, Nuna dan Nuni: Kisah #2

    Salam sejahtera buat semua.

    lutut berdarah

    Bersambung daripada Kisah #1 yang tergantung berkenaan nasib Nuna yang kesakitan. Kenapakah dia merengek dan menangis sampaikah perlu dirujuk ke Hospital Taiping? Apakah sebenarnya yang terjadi?

    Telah diperkhabarkan oleh Nuni bahawa Nuna sebenarnya mengalami kesakitan di bahagian kakinya. Bahagian bawah lutut di kaki kanan Nuna telah membengkak. Tidak diketahui sama ada bengkak itu diakibatkan oleh terjatuh atau digigit serangga berbisa.

    (more…)

  • Aini, Nuna dan Nuni: Kisah #1

    Salam sejahtera buat semua.

    tweet #1 aini, nuna dan nuni

    Status Kicauan

    Cukup dengan motif entri sebelum ini sebagai pengenalan kepada ceritera Aini, Nuna dan Nuni, kita maju kepada Kisah #1.

    Hari ini Nuna merengek lagi. Tempoh hari dia menangis sebab kakinya sakit. Siap kena rujuk ke Hospital Taiping lagi. Hari ini Nuna dibawa lagi ke hospital. Tak tahu lagi apa khabar berita Nuna… Semoga tiada apa yang buruk terjadi.

    Katanya Aini beperangai elok je sepanjang ditemani Nuni. Kena cubit pipi dua kali pun tak merengek. Siap cium balik pipi Nuni.

    (more…)

  • Aini, Nuna dan Nuni: Pengenalan

    Salam sejahtera buat semua.

    bayi

    Aini, Nuna dan Nuni. Dua orang budak kecil dan seorang remaja. Cuba teka, siapa budak kecil dan siapa remaja dalam ketiga-tiga nama tersebut?

    Pasti ramai yang cakap Nuna dan Nuni tu adalah adik beradik (budak kecil) dan Aini adalah remaja yang dimaksudkan. Bukan, bukan. Anda salah. (more…)