Gambar Perodua Myvi 2011 (D54T @ ELegance)

Salam sejahtera buat semua.

Perodua Myvi 2011

Malam ini, Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) akan melancarkan Perodua Myvi 2011 (generasi kedua) yang sebelum ini dikenali dengan nama Perodua D54T. Tempahan bagi Perodua Myvi 2011 ini telah pun dibuka sejak 4 Jun lalu.

Walaupun masih lagi belum dilancarkan secara rasmi, beberapa gambar dan maklumat berkaitan dengan spesifikasi dan harga Perodua Myvi 2011 ini telah pun didapati di beberapa laman web dan blog.