Catatan Ringkas dari Makmal Simulasi Blok 5 UTP

Salam sejahtera buat semua.

Bersimulasi dengan menggunakan perisian iCON di blok 5 untuk projek Plant Design, bukanlah mengujakan, tetapi mencabar tahap kesabaran dalam proses cuba jaya untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Program simulasi yang melibatkan pelbagai pengiraan yang rumit melibatkan material and energy balances, thermodynamics, heat transfer, separation process dan chemical reaction memerlukan kesabaran di kala komputer tiba-tiba meragam, tidak memberikan respon atau paling menyedihkan, program terpadam dengan sendiri menyebabkan simulasi hilang begitu sahaja.

Continue reading

Jadual PIKOM PC Fair 2010 (II)

Salam sejahtera buat semua.

Seingat saya, dah bertahun saya tak ke PC Fair. Mungkin sudah lebih tiga tahun. Sem lepas ada la juga rancang nak pergi ke PIKOM PC Fair 2010 di Ipoh, tapi entah macam mana rancangan berubah menjadi aktiviti lain. Tapi malam itu tetap menarik dengan ronda-ronda bandar Ipoh.

Kalau pada masa tu PC Fair PIKOM yang pertama untuk tahun 2010, kali ini PC Fair PIKOM untuk kali kedua bagi tahun ini telah pun bermula. Di bawah ini adalah jadual PC Fair PIKOM 2010 (II).

Continue reading