Salams sejahtera buat semua.
Tag Archives: kejuruteraan kimia
Ucapan Selamat Tahun Baru 2012
Salam sejahtera buat semua.
Berlalu sudah tahun 2011 yang melabuhkan tirainya sebaik sahaja detik jam 12 tengah malam tadi. Banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2011 dan juga merupakan tahun terakhir saya berada dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Tahun 2011 lebih banyak diluangkan di UTP dengan jumlah cuti terkumpul sepanjang tahun lalu tidak cukup sebulan pun. Ini semua bagi memastikan pengajian di UTP mendapat akreditasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Lagipun, selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri, terutamanya buat CJ7.
Melangkah ke Semester Terakhir di UTP
Salam sejahtera buat semua.
Menulis mengenai sesuatu di awal permulaan semester bukanlah menjadi tradisi bagi saya. Namun, kali ini saya nukilkan juga di sini. Barangkali mungkin kerana ianya adalah semester terakhir pengajian saya di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Mengimbau kembali kemasukan saya ke UTP sejak bulan Januari 2007 beberapa hari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18, dirasakan apa yang telah dilalui selama berada di sini terlalu cepat berlalu. Inilah tahun kelima berada di UTP dan mungkin genap lima tahun saya berada di sini apabila tamat pengajian di pertengahan bulan Januari 2012.