Salam sejahtera buat semua.
Orang yang sentiasa perlu menulis sahaja faham bagaimana perasaan apabila terdapat keinginan untuk menulis sesuatu tetapi tidak tahu apa yang boleh ditulis. Keadaan ini dinamakan sebagai writer’s block (halangan penulis?). Kebiasaannya keadaan ini akan dialami oleh seseorang yang menjadikan penulisan sebagai profesion mereka.
Walaupun writer’s block sebenarnya merupakan kondisi yang agak berat bagi seorang penulis, wujudkah keadaan seperti ini kepada seorang blogger? Blogger’s block mungkin?