Pejabat Penggawa dan Kafetaria A, USM Transkrian

Salam sejahtera buat semua.

Pejabat Penggawa dan Kafetaria A

Hari ini ikut Abah pergi hantar adik ke USM Transkrian, Kampus Kejuruteraan. Pelajar USM akan memulakan semester baru Isnin ni (esok la tu kan). Nasib baik saya masih lagi bercuti esok hari.

Setiap kali pergi hantar adik ke USM Transkrian, mesti akan lalu di depan MRSM Transkrian, Nibong Tebal. Setiap kali jugalah mesti terasa menggamit memori. Tu belum masuk kat dalam lagi. Banyak kenangan di situ. Sudah enam tahun berlalu sejak saya meninggalkan MRSM Transkrian.

Continue reading