Tiada Kad Ucapan Khas Hari Guru Pada Tahun Ini

Salam sejahtera buat semua.

Selamat Hari guru 2010

Pada tahun lepas, saya ada membuat beberapa keping kad ucapan khas Hari Guru untuk adik saya bagi ditujukan kepada cikgu-cikgu dia. Namun, pada tahun ini saya tidak berkesempatan untuk membuat kad ucapan ini. Lagipun, tiada permintaan seperti tahun lalu.

Kalau tak silap, pada waktu tersebut saya sedang bercuti semester selama seminggu di rumah. Itu kisah setahun yang lalu. Kini saya sudah bekerja dan laptop peribadi pula tidak berada bersama saya ketika ini.

Continue reading

Mumble-less Monday #18: Kad Ucapan Tahniah Dapat Kerja

Salam sejahtera buat semua.

Kad Tahniah Kerja

Kad ucapan tahniah dapat kerja ini diberi oleh mak saudara saya yang berada di Gombak. Sepatutnya kad ini dihantar terus ke rumah sebelum saya mula bekerja di Puchong, tapi sebab saya sampai lebih awal maka kad ini diberi terus. Sebenarnya saya baru sahaja dapat kad ini semasa menziarahi dia pada hujung minggu lalu.