Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010

Salam sejahtera buat semua.

PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.

Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

Continue reading

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009?

Salam sejahtera buat semua.

[Panas] Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009

Aish. Adik-adik ni. Memang tak sabar betul nak tahu bila keputusan SPM 2009 nak keluar. Abang tahu adik-adik semua berdebar menanti result SPM 2009 tu diumumkan. Abang pun pernah melalui debaran menanti keputusan SPM tidak lama dahulu, walaupun mungkin debaran banyak dihilangkan dengan kesibukan belajar di UTP.

Makin dekat dengan tarikh pengumuman (biasanya sekitar awal bulan Mac), makin terasa berdebar adik-adik kita ni. Banyak juga yang duk bertanya di sini. Ada je peluang nak tanya sikit, memang tulis terus.

Continue reading

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

TerbaruĀ  – Permohonan Pinjaman JPA Sesi 2/2010

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi bagi 2010 telah pun dibuka mulai hari ini. Para pelajar yang berminat boleh membuat permohonan di laman web eSILA JPA.

Petikan di bawah dipetik daripada Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara.

Continue reading