Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

Salam sejahtera buat semua.

30 Januari 2011 menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) ke-14 yang diadakan buat kali pertama di negeri Johor. PRK 14 ini diadakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5). Pilihan Raya Kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.

Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang:

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

  • 14,753 pengundi berdaftar.
  • 14,735 pengundi biasa.
  • 18 pengundi pos.

Lagi fakta dan info PRK Tenang (N5).

Continue reading

Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

Salam sejahtera buat semua.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada UMNO. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 22 Januari 2011

Tarikh Pilihan Raya: 30 Januari 2011

Continue reading

Tarikh PRK Tenang Bakal Diumumkan

Salam sejahtera buat semua.

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pusingan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang ke-14. PRK-14 ini adalah berikutan dengan kematian ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya.

Continue reading