Apabila Internet Menjadi Seperti Kura-Kura

Boleh ke? Entahlah.. Lagipun itu cuma perumpamaan sahaja. Tapi, itulah realiti Internet apabila pengguna semakin tepu, maksudnya makin ramai la tu. Realiti Internet di UTP dan dimana-mana sahaja sekali pun. Sedih sekali. Apabila pelajar makin ramai yang sudah datang semula, lebar jalur (baca: bandwidth) yang tak seberapa di UTP ni mula tak cukup, walaupun DC++ masih memberikan perkhidmatan terbaik. Terima kasih untuk geng [Aw0k2]. Saja nak cakap. Geng [Aw0k2] sedak!
Tapi, aku sangat beruntung kerana masih diberi peluang untuk menggunakan Internet pada kelajuan yang lebih laju daripada apa yang dinikmati di bandar (baca: V3, V4, dan V5), kampung (baca: V1, V2 dan V6) dan juga di Cafe. Di manakah itu? Dimanakah lagi kalau bukan lokasi yang hanya sibuk pada musim peperiksaan. Itulah perpustakaan (baca: IRC – Pusat Sumber Maklumat). Tapi, hari ini hari Ahad. Maknanya, kelajuan yang bakal dinikmati berada pada tahap maksimum kerana IRC tak beroperasi. Cuti hujung minggu. Lokasi berdekatan IRC yang sangat ideal – Undercroft.

Nasib baik bersih…

Sejak semalam lagi, Irsyad mendesak untuk pergi ke sana. Katanya nak bermain permainan atas talian (baca: online game) yang digemarinya. Entah apa punya nama permainan. Eh, maaf ya Irsyad, ada sedikit tokok-tambah disitu. Tapi itu benar sekali kan? Huhu~~ Dengan senang hatinya kami menuju ke sana dalam pukul 8.30 pagi. Sampai sahaja di Blok 23, Irsyad meminta untuk berehat sebentar kerana tenaganya hampir habis. Nasib baik atas dorongan semangat daripada aku, Irsyad menabahkan hatinya untuk terus maju ke Undercroft. Walaupun kecewa dengan kekotoran di sana, kami bernasib baik kerana ada satu bahagian yang ditinggalkan bersih. Walaupun Irsyad terlebih dahulu mengkhianati aku dengan awal-awal lagi duduk di satu-satunya kerusi yang memang telah ada di situ, akhirnya kerusi itu dirampas seorang pekerja yang bertanggungjawab. Duduk atas lantai Undercroft je la.

Sedang ceria dengan permainannya...

Apakah pula aktiviti aku di sana? Aku meneruskan aktiviti aku dengan memuat turun perisian percuma (baca: freeware) yang terbaru. Sedikit sahaja versi terbaru yang ada untuk hari ini dan semalam – hari yang aku tak boleh muat turun di bilik. Aku meneruskan dengan torrent dan juga memuat naik video ke Youtube. Aku hanya sempat memuat naik lebih kurang 227MB dalam masa tiga jam daripada 1GB yang aku nak masukkan. Takpelah, daripada tak boleh langsung di bilik, sekurang-kurangnya aku sudah boleh padam video yang disunting itu daripada cakera keras aku. Namun, kami sedikit terganggu dengan pancaran matahari yang berjaya menembusi bumbung Chancellor Complex.

beliamuda: papan kekunci laptop aku sudah kotor… kalau tukar yang atas tu boleh tahan tak?

Gmail lebih laju dengan FF3 dan Chrome?

Adakah anda pengguna Gmail? Jika ya, pernahkah anda membuka akaun Gmail anda menggunakan Internet Explorer 7 (IE7)? Sebenarnya, jika anda membuka Gmail anda menggunakan Firefox 3 (FF3) ataupun Google Chrome (Chrome), ianya dua kali lebih laju. Tak percaya? Itulah yang dikatakan oleh Pak Cik Google. Mungkin bagi anda yang selalu membuka Gmail dengan IE7 akan perasan dengan “Get faster Gmail” yang akan membawa anda ke paparan ini (gambar di bawah).

Menurut Google, jika anda mahu Gmail anda berjalan dengan “purata dua kali ganda lebih laju”, anda disaran untuk menggunakan FF3 ataupun Chrome. Yang menariknya, jika anda yang masih menggunakan IE6, anda akan dibawa ke paparan ini, yang mana menyarankan anda untuk menaik taraf kepada IE7.

Aku sendiri sebenarnya jarang buka IE, sebab aku ada kisah yang buat aku bengang sangat dengan IE ni. Tapi, sebab aku ada dua akaun untuk Gmail, Yahoo, FS dan sebagainya, oleh itu, aku guna juga IE sebab nak buka serentak dua-dua akaun sekali. Nanti aku ceritakan pengalaman aku yang perit dengan IE ni.

beliamuda: tak pernah lagi guna Chrome… artikel di atas diolah semula daripada laman sini